rtconline

Laman Rasmi Tan Sri Rahim Tamby Chik

Handal Resources ke Papan Kedua menerusi Jejak Maju

Program bantu firma Bumiputera berpotensi di Bursa Malaysia

KIRA-kira 10 syarikat Bumiputera kini dalam proses untuk disenaraikan di Bursa Malaysia hasil daripada program Jejak Maju yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata Jejak Maju adalah program yang diwujudkan Kementerian kewangan sejak beberapa tahun lalu bagi menyediakan bantuan akhir kepada syarikat Bumiputera yang berhasrat menyenaraikan saham masing-masing di Bursa Malaysia. Sepenuhnya »

Felcra, Felda, RISDA perlu kerjasama

MELAKA 25 Jun - Nasib pekebun-pekebun kecil di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak akan lebih terbela menerusi hubungan kerjasama antara tiga agensi iaitu Felcra, Felda dan RISDA.

Pengerusi RISDA, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu tiga agensi itu mewujudkan kerjasama demi melaksanakan matlamat menjaga kepentingan dan masa depan pekebun-pekebun kecil. Sepenuhnya »

RISDA Mahu Lahirkan Usahawan Pekebun Kecil

KUALA KRAI, 29 Jun (Bernama) - Risda berhasrat melahirkan usahawan di kalangan penduduk yang tinggal di kawasan tanah rancangannya agar dapat mengubah kehidupan masa depan mereka sekaligus melonjakkan pembangunan ekonomi negara.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata seramai 3,240 masyarakat Risda di jajahan Kuala Krai perlu merebut peluang itu dengan mengadakan aktiviti yang boleh meningkatkan pendapatan mereka bagi menjana ekonomi negara.

“Melalui Risda, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menyediakan peruntukan RM600,000 di kawasan Kuala Krai dan peruntukan itu adalah sebahagian daripada RM2.1 juta untuk seluruh negeri Kelantan yang mesti dihabiskan tahun ini,” katanya kepada pemberita ketika melancarkan kerja gotong royong membersih kawasan bersama warga Risda di Kampung Manjur, Manik Urai, dekat sini, hari ini.
Sepenuhnya »

Koperasi RISDA perlu agresif cari niaga

KUALA LUMPUR 23 Jun - Koperasi-koperasi pekebun kecil getah di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) digesa lebih agresif mendapatkan peluang perniagaan di luar agensi itu.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ia perlu dilakukan secara lebih profesional dengan kepakaran yang ada.

“Koperasi juga tidak harus hanya mengamalkan budaya ’sub-kontrak’ bagi menjana keuntungan, sebaliknya harus terlibat secara langsung dalam pemasaran dan pemprosesan produk agar mereka lebih berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perasmian mesyuarat agung Koperasi Pekebun Kecil Getah Nasional Bhd. (Narsco) Ke-25 di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Timbalan Menterinya, Datuk Hasan Malek.

Narsco adalah koperasi induk di bawah RISDA yang dianggotai 64 koperasi kecil peringkat daerah, negeri dan Pusat.

Mohd. Shafie berkata, walaupun telah 25 tahun ia diwujudkan, matlamatnya masih belum tercapai.

“Ada sebilangan koperasi di bawah Narsco hanya tertumpu kepada memberi kontrak am sahaja dan tidak terlibat dalam pemprosesan. Masih banyak sumber di luar RISDA yang berpotensi untuk dieksploitasi oleh semua koperasi,” katanya.

Katanya lagi, bidang koperasi kini merupakan antara agenda penting kerajaan bagi menjana kekuatan ekonomi rakyat.

Tambah beliau, apa yang diharapkan koperasi dan ahli-ahli bersedia mengubah minda dan sikap untuk melangkah jauh terutama mencari bidang baru yang boleh memberi pulangan lebih baik tanpa melupakan prinsip dan objektif asas gerakan koperasi.

Beliau berkata, semua anggota lembaga di dalam koperasi juga digesa bersikap lebih proaktif, inovatif dan dinamik dalam mempelbagaikan kegiatan perniagaan koperasi pada masa depan.

Dilema Ekonomi Melayu

Hari ini orang Melayu juga mengalami dilema ekonomi. Walaupun mulai 1970-an kerajaan telah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB), dan kemudiannya Dasar Pembangunan Nasional (DPN), ekonomi orang Melayu masih tercorot dan amat ketinggalan.

Malangnya, segolongan bukan Melayu asyik mengecam dan mengkritik kerajaan, kononnya kerajaan tidak bersikap adil bila memberikan keistimewaan kepada orang Melayu dan Bumiputera. Ada segolongan bukan Melayu juga mendesak agar kuota pemilikan saham Melayu sebanyak 30 peratus dimansuhkan.

Segolongan bukan Melayu juga mendesak supaya kuota biasiswa untuk pelajar bukan Melayu mesti ditambah. Kata mereka, orang Melayu wajar berlumba-lumba dalam hal pendidikan dan ekonomi negara menerusi sistem meritokrasi, iaitu sistem siapa hebat dia yang dapat, sistem siapa yang kuat, dia dapat semuanya. Kalau sistem ini dilaksanakan, orang Melayu akan terpinggir dan akhirnya lesap daripada bumi tercinta ini.

Dalam hal ini, sekali lagi saya ulangi, suara-suara yang mengungkit-ungkit keistimewaan Melayu pada hari ini adalah suara orang yang sudah dapat betis, mahukan paha. Ini suara orang tamak dan haloba, tidak menghargai kedudukan orang Melayu dan Bumiputera yang mundur akibat penjajahan British. Kepada kelompok ini, fahamilah maksud perangkaan atau statistik di bawah. Sepenuhnya »

Amal budaya saling menolong

Sumber : Utusan Online

img_4893.JPG

KANGAR 24 Mei - Peniaga Melayu digesa mempraktikkan budaya tolong menolong dalam menjalankan perniagaan seperti yang diamalkan oleh peniaga Cina bagi memastikan kejayaan mereka dapat diteruskan.

Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, budaya itu merupakan satu perkongsian bijak untuk membolehkan peniaga Melayu berkongsi keuntungan secara berpanjangan.

Katanya, budaya sedemikian sebenarnya sudah menjadi amalan tradisi para peniaga Cina di negara ini sehingga mereka dapat menikmati kejayaan berganda.

“Peniaga Melayu wajar mencontohi kaum Tiong Hua di Malaysia. Mereka masih dengan tradisi membantu sesama sendiri dalam perniagaan.

“Apabila mendapati rakannya mengalami kejatuhan dalam perniagaan, mereka sama-sama membantu termasuk memberi bantuan modal sehingga rakannya tadi kembali cemerlang dalam perniagaan,” jelasnya. Sepenuhnya »

Pastikan bumiputera berjaya

Sumber : Utusan Online

kolokium_1

SELAIN daripada pandangan ahli panel, kolokium 1 Malaysia: Hala Tuju Ekonomi Bumiputera turut membuka peluang kepada peserta untuk berkongsi pandangan. Kepelbagaian latar belakang peserta yang terdiri daripada ahli perniagaan, pegawai kerajaan, ahli akademik dan pemimpin persatuan perniagaan membolehkan isu yang dibincangkan dikupas daripada sudut yang berbeza dan menarik.

Antara beberapa perkara yang menuntut penjelasan selanjutnya daripada ahli panel termasuk soal status syarikat bumiputera iaitu kumpulan bumiputera mana yang dimaksudkan. Turut dilontarkan ialah permasalahan mengenai kesukaran syarikat bumiputera mendapatkan bantuan modal. Keputusan kerajaan memansuhkan kementerian MeCD turut mengundang keresahan komuniti usahawan bumiputera.

Berikut pandangan ahli-ahli panel :

NORIZAN

Dalam soal MeCD, saya tidak hanya ebrcakap dalam konteks membantu usahawan bumiputera semata-mata. Kerana saya sentiasa yakin tanggungjawab ii tidak harus dibebankan kepada satu atau dua kementerian. Apa yang saaya tekankan ialah MeCD itu sebenarnya lebih kepada menyediakan peluang pekerjaan untuk orang Melayu. Ketika ramai yang ebrcakap mengenai institusi kewangan seperti terutama bank yang seolah-olah tidak mahu membantu usahawan Melayu, saya cuba melihat dengan meletakkan diri di pihak bank.

Jika Melayu itu dilonggarkan dengan pelbagai elemen negatif, maka saya juga agak sukar untuk meluluskan pinjaman. Jadi bagaimana kita mahu mengubah persepsi bahawa orang Melayu itu sebagai bangsa yang gagal dan sentiasa memerlukan bantuan. Hakikatnya ramai orang Melayu yang mampu menjadi usahawan berjaya. Sepenuhnya »

Liberalisasi Beri Fleksibiliti

SEPERTI yang kita sedia maklum, selain lonjakan harga minyak mentah dunia, kegawatan ekonomi ketika ini juga berpunca daripada keruntuhan institusi perbankan antarabangsa.Ia disebabkan keghairahan institusi perbankan meluluskan pinjaman tidak berkredibiliti yang mencetus kepada kesan subprima. Keruntuhan institusi perbankan itu menjejaskan perniagaan terutamanya di kalangan industri kecil dan sederhana (IKS) yang menjadi nadi utama kepada penjanaan ekonomi di kebanyakan negara. Kelembapan ekonomi turut dirasai di Malaysia lebih-lebih lagi di kalangan syarikat yang berinteraksi secara langsung dengan pasaran ekonomi di Amerika Syarikat (AS).

Kerana itu juga proses liberalisasi kewangan dan perbankan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini dilihat sebagai langkah drastik dalam mengukuhkan semula struktur ekonomi negara.Ia bukan sahaja memberi kapasiti kepada kerajaan untuk memantau dan memandu ekonomi negara dengan lebih baik.

Sebaliknya, kerajaan juga mempunyai asas yang kukuh untuk memastikan prestasi sektor perbankan dan ekonomi itu dapat dipertahankan pada tahap yang munasabah. Lebih utama, proses liberalisasi itu juga memberi keyakinan kepada kerancakan ekonomi semasa selain bertindak sebagai rancangan pengukuhan yang panjang. Sepenuhnya »

Lebih banyak rumah rakyat miskin dibina

TAIPING 19 Mac – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan membina lebih banyak rumah untuk rakyat miskin di negara ini menerusi peruntukan pakej rangsangan ekonomi kedua.

Pengerusinya, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, dalam masa sama, pihaknya juga akan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan ekonomi golongan itu melalui pelbagai program pertanian sampingan.

‘‘Untuk pakej rangsangan ekonomi kedua ini, kita belum tahu berapa peruntukan yang akan diterima tetapi kita akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini dengan lebih baik lagi.

‘‘Semua projek yang akan dikenal pasti perlu disiapkan sebelum bulan Jun supaya ekonomi dapat dirangsang dengan lebih cepat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan dan dividen tanam semula komersial (TSK) kepada 71 pekebun kecil Parlimen Bukit Gantang di Trong, dekat sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan RISDA, Datuk Ali Nordin Wahiduddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri Trong, Rosli Husin.

Setakat Disember tahun lalu, RISDA Plantation telah membuat bayaran dividen TSK sejumlah RM118,995,000 dengan di Perak sahaja, membabitkan jumlah hampir RM20 juta.

Mengulas lanjut katanya, RISDA menerima peruntukan sebanyak RM140 juta untuk melaksanakan 4,000 buah rumah di bawah program bantuan rumah dan RM40 juta untuk melaksanakan projek prasarana seperti jalan pertanian, parit, pembetung dan jambatan pada pakej rangsangan awal.

Terdahulu dalam ucapannya, kata Rahim, sejajar dengan perkembangan sistem teknologi maklumat terkini, pihaknya telah mengorak langkah memperkenalkan permohonan sistem e-Tanam Semula menerusi Internet.

Lembaga Disiplin UMNO tunjuk kredibiliti - Rahim

TAIPING 19 Mac — Lembaga Disiplin Umno telah membuktikan kredibilitinya dengan mengetepikan faktor “kehebatan dan populariti” seseorang itu dalam membuat keputusan terhadap 15 anggota Umno termasuk Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam kerana kesalahan berhubung amalan politik wang, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Beliau berkata ahli lembaga itu telah menunjukkan disiplin yang tinggi apabila membuat keputusan berdasarkan semata-mata kepada fakta dan maklumat yang diterimanya.

“Saya tidak fikir ada unsur sabotaj dan kambing korban dalam tindakan Lembaga Disiplin Umno terhadap Datuk Seri Mohd Ali Rustam,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan segelintir anggota Umno mempersoalkan kredibiliti lembaga itu.

Rahim yang juga Pengerusi Risda berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan dan dividen Tanam Semula Komersial kepada 184 peserta dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang di Trong dekat sini hari ini.

Dua hari lepas, Mohd Ali, yang juga Naib Presiden Umno, dikenakan hukuman larangan bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti minggu depan, setelah lembaga itu mendapati beliau bersalah berhubung politik wang.

Rahim berkata berkata tindakan yang diambil oleh lembaga berkenaan adalah usaha serius Umno menangani amalan politik wang.

“Ini masalah dalaman yang diatasi dengan cara dan kaedah Umno,” katanya. — Bernama

« Pos Sebelumnya