rtconline

Laman Rasmi Tan Sri Rahim Tamby Chik

Kata Aluan

SALAM HORMAT DAN SALAM PERJUANGAN
Dalam usaha UMNO menjadi parti yang dekat dengan hati rakyat dan orang Melayu, saya yang diberi mandat oleh ahli-ahli UMNO untuk duduk di kerusi Ahli Majlis Tertinggi parti, terpanggil untuk mengenali dan mendekati setiap daripada
anda.Namun tidak mungkin untuk kita bertemu dan bertukar pandangan di setiap waktu dalam setiap masa. Kesibukan kita dan jarak masa menjadi penghalang. Tetapi itu bukan sebab untuk tidak membolehkan kita untuk berkomunikasi.

Atas sebab itu saya memilih Laman Web ini sebagai wadah untuk kita. Sekiranya ada antara kita yang ingin berkongsi idea, pandangan, saranan dan apa sahaja yang berlaku di luar sana dan mahukan saluran Majlis Tertinggi UMNO sebagai penyambung, saya bersedia menjadi “pendengar” dan “pengadu” yang baik.

Oleh itu, gunakanlah laman web ini sebaiknya untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.

Hubungi saya :
Suite 30-1, Wisma UOA 11
No. 21, Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur

Tel : 03-2163 4668
Fax : 03-2163 5658
SMS : 019-2010 000